Thursday, November 11, 2010

Duhai anak...jangan sudah terlantar di bilik mayat baru nak bertaubat T-T



Anak,
Kamu selalu mengungkit tentang kekurangan mereka,
Walaupun mereka ibu bapa kandungmu,
Mereka tidak pernah mengungkit tentang kamu.

Anak,
Mulutmu seringkali berkata,
“ibu dan ayah bukannya sayang saya”,
Tidak duhai anak,
Jika mereka tidak sayang kamu,
Sudah lama ibumu menggugurkan kandungannya dahulu.

Anak,
Pantang sekali ditegur,
Habis semua barang di tepimu,
Ditolak jatuh berderai,
Kemudian ibumu akan mengutipnya kembali,
Anak soleh/hah kah kamu?

Anak,
Apabila dinasihat,
Kamu pantas berkata,
“huh! Nak membebel la ni..”
Sedangkan mereka sekadar mahu ingatkan kamu
Tentang sesuatu.

Anak,
Kamu inigin bebas bersama kawan-kawan,
Tetapi ibu bapa mu melarang,
Dan kamu bersuara lagi,
“bosan lah..nak ni tak boleh nak tu tak boleh..better mati dari hidup!”
Salahkah mereka duhai anak yang baik hati?
Mereka ingin permata mereka ini selamat dari terkena calar.

Anak,
Kamu nyatakan kepada mereka,
Kamu mahukan wang untuk membeli buku rujukan,
Tetapi tidak duhai anak,
Itu semua dusta belaka,
Kamu pergi bersuka ria dengan teman isimewa kamu,

Anak,
Kenapa perlu talam dua muka,
Depan mereka kamu menjadi anak yang sangat baik,
Tetapi belakang mereka bagai syaitan bertopengkan manusia,
Dua perkara perluku nyatakan,
Yang pertama, terima kasih kerana berpura-pura baik di depan mereka,
Sekurang-kurangnya mereka akan menjadi tenang dengan sikapmu itu,
Tetapi, yang kedua, aku benci kamu kerana realitinya kamu seorang raja hipokrit,
Mereka akan hampa dengan sikapmu itu duhai anak.

Anak,
Kenapa perlu di depan mereka kamu memakai pakaian yang sopan,
Tutup litup bagai,
Tetapi di belakang mereka,
Iblis seolah-olah bersorak kerana melihat kamu memakai pakaian mereka,
Anak yang tadinya sopan mula membuka aurat.

Anak,
Kenapa depan mereka sahaja kamu menjaga batas islam,
Tetapi di belakang mereka,
Habis semua benda haram sudah kamu cuba.
Sampai bilakah kamu akan menjadi sahabat iblis?
Adakah sampai akhirat kelak?

Anak,
Perlu kah kamu memarahi mereka,
sedangkan kamu tidak pernah memarahi teman istimewa kamu,
Walaupun mereka yang menjaga kamu dari kecil,
Bukan lah manusia yang dirinya dikawal nafsu itu,
Hati siapakah yang patut dijaga sebenarnya?

Anak,
Mengapa apabila kamu tidak berpuas hati dengan mereka,
Kamu langsung tidak menegur mereka,
Malah menjeling mata mengalahkan ketua samseng,
Mereka kamu jadikan bagai tunggul kayu,
Pernahkah  ketika kamu masih kecil dahulu,
Ketika kamu menangis lalu mengejutkan mereka dari tidur,
Mereka sekadar memekakkan telinga dan membutakan mata?
Tidak duhai anak..
Jawapannya tidak pernah.

Anak,
Mengapa kamu sering lupa diri ketika hidupmu dipenuhi dengan kemewahan?
Perlukah kamu lakukan itu semua?
Apakah ganjarannya?
Kamu anak bodoh jika kamu melakukan semua itu,

Anak,
Perlukah kamu menghentakkan kaki,
Jika kemahuan kamu tidak dipenuhi?

Anak,
Mulutmu sering berkata,
“bosan betul jadi anak diorang ni, nak enjoy pun tak boleh”
Duhai anak,
Jelas sekali mereka ingin menjauhi kamu dari terkena azab Allah di hari kemudian,
Tidakkah beruntung kamu kerana ada orang sedang mengawasi?

Anak,
Perlukah kamu memberitahu aib mereka kepada orang lain?
Sedangkan mereka selalu menyebelahi kamu ketika kamu difitnah,
Walaupun kamu berada di pihak yang salah.

Anak,
Sudah tiba hari istimewamu,
Ulang tahun kelahiranmu,
Mereka orang pertama member hadiah,
Tetapi mulutmu sempat mengeluarkan kata-kata kejam,
“hish, low taste betul diorang ni...parents orang lain semua bagi hadiah best2”
Inginku nyatakan bahawa kamu anak yang paling kejam!!

Anak,
Beza manusia dan binatang banyak,
Tetapi dari segi kasih saying,
Manusia lebih mengerti,
Jadi jika kamu terus menerus bersikap dusta seperti ini,
Apa beza kamu dengan binatang?
Ataupun adakah kamu lebih teruk daripada binatang?

Anak,
Adakah kamu mahu bertaubat setelah mereka pergi meninggalkan kamu buat selama-lamanya?
Di sini aku berjanji,
Ketika itu kamulah anak yang paling rugi di dunia,
Hanya mereka yang sudah kehilangan ibu bapa yang tahu untuk menghargai ibu bapa,
Kerana mereka sudah tidak mempunyai ibu bapa lagi.

Anak,
Aku tidak mahu kamu tegolong dalam golongan itu,
Aku merayu janganlah kamu tunggu saat itu,
Baru kamu ingin melutut dan merintih,
Masa tidak boleh diulang duhai anak.

Anak,
Sememangnya manusia tidak pernah mahu bersyukur,
Mereka tidak akan rasa nikmat sesuatu anugerah,
Selagi mereka tidak kehilangan anugerah itu,
Mereka tidak akan merasa nikmat mempunyai ibu bapa,
Selagi mereka tidak kehilangan ibu bapa.

Anak,
Cuba kamu fikirkan,
Apa yang bakal terjadi,
Jika mereka pergi sebelum kamu sempat meminta maaf,
Syurga kah tempat mu?
ALLAHHU TA’ALA  A’LAM!!

Duhai anak,
Gilaplah hati mereka selagi mereka masih ada,
Jangan pernah calarkan hati mereka walau sekali,
Jika sebelum ini hati mereka pernah terluka keranamu,
Kamu ubatilah dia dengan ubat yang paling manis bagi mereka,
Hadiahkan mereka kejayaanmu,
Hadiahkan mereka dengan sikap terpujimu,
Hadiahkan mereka dengan pahala yang membawa mereka ke syurga!!
Pesanan terakhirku,
Bertaubat dan berubah lah!!
Jangan sampai sudah terlantar di rumah mayat baru kamu mahu berubah!!

isk..isk...maafkan kami

*gaya antonasi yang kasar, tetapi maknanya mendalam

Moga kita sama-sama menjadi anak harapan mereka....nauzubillah dari segala sikap dusta..moga saya lebih cakna dengan kata-kata saya tersebut...jika hati mereka dianggap sebagai permata...saya mahukan permata itulah yang paling berkilau di dunia dan di akhirat kelak..inginku gilap setiap masa permata itu...mak abah...i really really miss u...i want you to know that!! xoxo

p/s: minta maaf jika kata-kataku mengguris hati mana-mana pihak..semua yang iffah tulis adalah sekadar peringatan...jom kita lumba..siapakah anak yang bakal menjadi anak harapan ibubapa!! J

2 comments:

AHLAN WASAHLAN..... said...

i like ur post iffah..thanks...
i miss u so much..

nurul iffah abdul rashid said...

thanxx babe!! moga entry ni berguna untuk kamu..miss u too dear! <3