Saturday, December 25, 2010

ribut pasir di egypt (laporan lambat keluar)

hari ni..mesir bagaikan tiada warna..semuanya cokelat

salam...

before i write everything about this title...let me say that i can't be a reporter..haha mana tak nye..benda ni dah berlaku beberapa minggu yang lepas tapi baru ni nak publish..sebenarnya bukan ape..dah lama nak update tapi ada problem untuk publish entry...entry ni mak yang suruh tulis..sebab mak nak baca..so, thats why iffah wrote this entry...


KAHERAH - Ribut pasir, angin kencang dan hujan lebat yang melanda seluruh Mesir semalam menyebabkan beberapa buah pelabuhan ditutup, mengganggu trafik di Terusan Suez selain mengakibatkan sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh apabila sebuah kilang runtuh di bandar Alexandria.

Lima orang juga dilaporkan cedera parah dalam insiden sama yang melibatkan sebuah kilang tekstil.

Pasukan penyelamat bergegas ke tempat kejadian untuk membantu ramai pekerja kilang.

Beberapa pegawai memberitahu, 30 orang pekerja mungkin melakukan kerja-kerja menyelamat di bangunan enam tingkat itu.

Sebanyak 26 buah kapal tidak dibenarkan masuk ke Terusan Suez manakala perjalanan 29 buah kapal lagi terpaksa ditangguhkan selama tiga jam.

Laluan yang menghubungi antara Laut Mediterranean dan Laut Merah itu terjejas ekoran tahap penglihatan yang terhad dan angin kencang mencecah 40 knot.

Pegawai-pegawai meteorologi meramalkan cuaca buruk itu akan berlanjutan sehingga hari ini dan menasihatkan orang ramai supaya tidak keluar dari rumah.

Sementara itu, di Ashdod, Israel, sebuah kapal kargo dari Moldova, karam akibat cuaca buruk.

Namun, 11 orang anak kapal warga Ukraine berjaya diselamatkan, kata seorang pegawai maritim Israel..

untuk pengetahuan mak, kami di sini ok2 je semua..alhamdulillah tak ada ape2..cuma demam + batuk + sakit tekak tu biasa lah sebab nak pertukaran musim :) don't worry mom! xoxo

2 comments:

Miss Izah Mohamed said...

take care of urself ;)

nurul iffah abdul rashid said...

thanxx sis! nice to know u :D