Monday, January 10, 2011

Wanita Inspirasiku 2010 :)

Salam

Masa siling berganti, hari demi hari, tahun demi tahun…wanita inspirasiku tetap ummi…tiada siapa bakal menggantikan tempatmu dihati ku..

KLIA.. my flight to Cairo

                Ummi.. insan yang tak pernah lari dari fikiranku.. Pn.Sabariah nama diberi.. insan yang cukup penyabar dan tabah yang pernahku temui. Doamu yang tidak putus-putus telah  menjadikanku insan yang kenal akan lumrah duniawi. Ummi peliharaku bagaikan permata. Sentiasa diawasi daripada tercalar. Tiada tangan jahat yang bisa menyentuhku. Setiap kali sakitku datang menguji, ummi hadir sebagai penawar. Pejam celik lemahnya aku, ummi sentiasa berada disisi. Tidak pernah ummi jauh daripadaku. Ya, betul! Bukan senang untuk menjadi anak perantau yang jauh dari permaisuri hati. Tetapi itu prinsip hidupku demi merealisasikan hasratmu. Walaupun jarak kita jauh beribu batu, sokonganmu sering berada seiring denganku. Memang tak terbalas jasamu. Akanku terus berjuang sampai akhir hayat demi menghadiahkan ‘mahkota’ di akhirat kelak khas untuk ummi dan abahku. Itu janjiku! Biiznillah insyaalah..





  • p/s: 'mahkota' yang iffah maksudkan : Ibu bapa penghafaz al-Quran akan mendapat kemuliaan.
Sesiapa membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terkandung dalamnya maka kedua dua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari , sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah rumah kamu di dunia ini.
(Riwayat Imam Ahmad , Abu Daud)

About the contest!

nak join? CLICK THIS!

kat sini iffah nak tag:
shrek shureko
masyitah

okeh ni entry tentang ummikan? so i want to put this video in this special entry..
because my mom really love this piano instrumental..
feel free to hear it!


salam..

**miss my family badly!**
-_-

6 comments:

Anonymous said...

awesome! moga impianmu tercapai dik..

ily said...

dear..jaga diri baik2 kat sana..sakit lagi ke sekarang?

nazihahisa said...

terima kasih ya join contest ni iffah. semoga berjaya :) jgn lupa like fanpage kami dn dptkn update contest di gadisdanwanita.com :)

nurul iffah abdul rashid said...

anon : doakan ya!
ily : alhamdulillah
nazihahisa : my pleasure! baek!

maCy said...

umi always y tbaik :)

nurul iffah abdul rashid said...

k.macy: our parent know each other right?