Sunday, February 13, 2011

bila diri terlibat dengan krisis egypt!

salam..

**whoa..title entry kali ni macam serious je kan? 0.o hi2

actually entry ni dah diperap lama  dalam draft..tapi tak berkesempatan nak publish..someone asked me to write about this situation..entah berapa kali dah postponed..last2 berjaya juga..alhamdulillah..

hmm nak story apa ea? owh ok i get the idea!!

first of all krisis ni berlaku masa winter break (kami cuti 2 minggu)...perancangan iffah untuk winter break ni memang dah penuh..suddenly, situasi berubah..daripada rusuhan secara kecil-kecilan terus meletup..dan tiba-tiba curfew!! seharian jadi senyap sunyi..macam  pelik pula rasa..sebab selalunya pakcik makcik ni kecoh terjerit sana, terjerit sini..tapi untuk beberapa hari tu memang senyap abes la..

hari demi hari cara diorang memberontak makin scary kot..

hari pertama: susun-susun batu tengah jalan(untuk buat check point) **tak bagi orang asing masuk kawasan tu

hari kedua: bakar tayar beramai-ramai

hari ketiga: mula pecah kedai, bakar truck polis etc

hari keempat: bunyi tembakan sering kedengaran


makin hari waktu curfew semakin dicepatkan...time ni memang agak merumitkan..makanan di catu..nak dekat tiap hari kot iffah makan bubur..kalau nak ikut kan boleh je makan nasi tiap-tiap hari, cuma nak berjimat sebab takutlah tiba-tiba ada perkara yang kita tak jangka berlaku..kan3?

??

benda yang paling memeritkan adalah bila..network dan perkhidmatan cellphone disekat..maksudnya kami tak ada sumber untuk berhubung..dengar kata, diorang buat sekatan ni sebagai tanda memberontak la kot..

and the most horrofic adalah bila banduan ada yang terlepas dan bunyi tembak menembak tu macam perkara biasa pulak..huh memang macam nak gugur jantung ni ha..tengah tidur pun boleh tersentap..

disebabkan time ni kami tak boleh berhubung antara satu sama lain, kami akan lebih peka dengan khabar berita yang disampaikan daripada kawan-kawan lain..walaupun kebanyakannya macam fake story je..ada yang  kena rogol la apa la..Allahhu ta'ala 'alam..

masa ni juga telinga kami ni extremely sensitive tau, asal dengar je bunyi helikopter/tembakan/kereta tebal kebal lalu belakang bangunan kitorang, semua pakat tutup lampu dan  tingkap**bukan semua pakat mengintai ke?? -_-**

ok la..tak mau cerita tentang tragedi ni dah..kita pindah ke evacuation pula!

sesi taklimat untuk evacuate
**kami hanya dibenarkan membawa beg 7kg and below sahaja

for your information, i'm the first trip from DMAK..orang yang tergolong dalam rombongan pertama ni adalah mother-to-be, orang yang ada anak kecil, sakit dan student tahun satu...and iffah dipilih disebabkan ape eh?hihi semua nya gara-gara. i'm under age lah...

kami bertolak ke airport area pukul 7.30am-8.00am kot..jalan sangat-sangat lah tak sesak(biasanya jalan kat mesir sangat sesak)..di gigi jalan hanya dipenuhi dengan kereta kebal, truck askar dan askar..kereta yang ada kat tengah jalan raya tu pun semua nya berpusu-pusu menuju ke airport..sebab masing-masing nak keluar dari mesir..

untuk pengetahuan korang, proses evacuate ni bukannya senang..sebab pesawat kita tidak diberikan landing right oleh pihak cairo's airport..silap-silap kalau kita landing tanpa kebenaran depa,ada juga kena bom dari bawah..sebab egypt kan diisytiharkan darurat..

tunggu punya tunggu punya tunggu...dari sejuk jadi panas terik..masing-masing pun dah duduk landing atas jalan raya (depan airport) untuk menunggu giliran...akhirnya kami berjaya menaiki pesawat pada pukul 8pm kot...alhamdulillah...huh ni kira bersyukur tau tunggu area 12 jam je..ada tu yang tunggu 20 jam kat sana..lagi kesian..di airport, makanan sendirian berhad ye!! pandai-pandai lah cari makan..

time dah darurat..mee segera tak masak pun boleh buat orang terliur tau! -_-

untuk trip ke jeddah ni iffah naik air asia..alhamdulillah urusan dipermudahkan..poor the flight attendance, they looked very tired..tapi masih  bersemangat untuk membantu kami..time kasih!! bila kami sampai je jeddah, kami terpaksa tunggu hampir 2 jam kot untuk mendapatkan tangga dari pihak jeddah's airport untuk kami turun dari pesawat..

ok2 dah mengantuk! tak ada apa-apa yang penting dah yang perlu di ceritakan..sedikit conclusion untuk kehidupan kami di jeddah adalah amat menyelesakan...perkhidmatan yang sangat-sangat memuaskan..tiada apa yang perlu dirisaukan..bak kata abang de.."kami di sana tidur dalam kekenyangan" ;p

jeddah's airport

**kami tiba di jeddah pukul 3am dan gambar di atas adalah ketika azan subuh :)

salam..


0 comments: