Wednesday, April 6, 2011

dia pergi meninggalkan kami.

Assalamualaikum


**kata ganti nama diri 'aku' digunakan dalam entry ini.

dia yang aku maksudkan adalah Tella (gadis Turkey). dia meninggal lewat kelmarin.*al-fatihah* Tella ialah salah seorang alumni sekolah aku di kota Cairo ini. kami dimaklumkan bahawa, dia sering mengadu kesakitan di seluruh badan, tetapi apabila dibawa ke hospital, ramai doktor yang mengatakan bahawa tiada apa-apa yang berlaku kepadanya..aku sangat terkilan dengan doktor mesir! mungkin terlepas pandang atau cuai dengan penyakit Tella..

...al kisahnya...

minggu lepas sahabatku Tuhura (gadis Russia) ada menelefonku untuk bertanya khabar setelah sekian lama pulang ke Malaysia disebabkan rusuhan yang berlaku di Mesir. akhir kalamnya, ada diselitkan dengan doa sahabatnya yang sedang sakit. Tuhura hanya memaklumkan serba sedikit sahaja tentang pesakit itu. yang aku ingat hanyalah dia masih belajar di Universiti Al-Azhar dan baru berumur 24 tahun.

semalam pula, ketika aku sedang menunggu rakan-rakan lain untuk pulang ke sekolah bersama, Zarina (gadis French) dan Zahra' (gadis Russia) datang menghampiri ku. oleh sebab Zarina pernah menetap di England selama 5 tahun (kalau tak silap), kami memilih untuk berinteraksi dalam bahasa english+arabic. makin lama perbualan kami makin rancak tetapi dihentikan oleh kata-kata Zahra'..

"tadi ada cikgu maklumkan, ada seorang bekas pelajar sekolah kita baru sahaja meninggal dunia..semua cikgu sedih sebab semalam mereka baru ziarah pelajar tersebut di hospital. dan semalam pelajar tersebut sudah sihat dan sangat gembira seolah-olah tidak sakit apa-apa. dia sekarang baru tahun dua di Universiti Al-Azhar dan baru berumur 24 tahun."

perkataan '24 tahun' itu mengingatkanku akan kata-kata Tuhura. ya! gadis yang Zahra' katakan ini adalah sama dengan sahabat Tuhura. Innalillahi wa inna ilaihi raji'un..

hari ini, lebih kurang jam 9 pagi, aku dan kak Aishah (gadis Malaysia) berborak di luar kelas. selepas beberapa minit, Ustazah Fatin jalan melewati kami dan dalam nada yang sedih..

"boleh tak tolong carikan beberapa pelajar untuk solat jenazah
sebentar lagi? kamu ingin turut serta? (aku balas dengan anggukan)"

sejurus itu, kami terus berkumpul di bahagian bawah sekolah. pada mulanya kami sangkakan bahawa kami akan solat jenazah ghaib di surau sekolah sahaja tetapi kami baru dimaklumkan bahawa kami akan ke Hayyu Ashir untuk ke rumah Tella dahulu.

apabila tiba di rumah arwah Tella, kelihatan seorang anak saudara lelakinya sedang menonton televisyen. kemudian seorang kanak-kanak perempuan datang merampas alat kawalan jauh dan menutup televisyen dalam keadaan agak emosi. kanak-kanak itu masih kecil tetapi tetap mengerti tentang kematian ibu saudara mereka. muka mereka kelihatan masam mencuka dan sekali sekala tersenyum manis sekadar meraikan tetamu yang hadir. di sana, sudah ada beberapa orang cikgu perempuan sedang menjaga beberapa orang anak saudara arwah Tella yang masih kecil (ahli keluarganya yang lain berada di hospital). untuk makluman kalian, Tella menetap di Mesir bersama kakaknya yang sudah berkeluarga. dalam keadaan yang agak tenang itu, cikgu memberitahu kami...

"mereka sudah memaklumkan kepada ibu Tella (berada di Turkey) tentang penyakit Tella. tetapi belum dimaklumkan lagi tentang pemergian anak bongsunya ini. ibunya tiba ke Mesir lewat 2 pagi semalam dan dia kelihatan sangat letih. keadaan ini membuatkan ahli keluarga Tella lebih berat untuk memberitahu hal yang sebenar. tambahan pula ibunya juga kurang sihat ketika itu."

beberapa minit sebelum kami tiba di rumah Tella, ibunya menyuarakan untuk menziarahi anak bongsunya itu di hospital. dia langsung tidak dapat menghidu pemergian anaknya. harapannya ingin melihat Tella yang sedang terlantar di wad semakin sihat dan gembira dengan kedatangan ibunya dari jauh. kami sangat runsing akan ibu Tella yang sedia melangkah dengan seribu harapan menuju ke hospital.

di rumah, sayu-sayu kedengaran suara manusia mengalunkan kalimah Allah. selepas beberapa minit, kakak Tella menghubungi kami dan menyatakan..

"keadaan di hospital tenang, alhamdulillah dan kami serta jenazah akan sampai di Masjid Salam dalam masa setengah jam lagi"

alhamdulillah dan subhanallah! sangat tabah hati si ibu tetapi hanya tuhan yang tahu bagaimana perasaannya. kemudian kami bergerak bersama-sama menuju ke Masjid Salam. di sana, Ustazah Busainah (Egyptian) mengetuai bacaan doa untuk arwah. suaranya yang sebelum ini kian lantang di dalam kelas, hancur dek emosi. air mata bercucuran jatuh di pipi masing-masing. selepas itu, kami solat zuhur berjemaah dan menunaikan solat jenazah bersama-sama.

Majid Salam dipenuhi dengan ahli keluarga dan sahabat Tella. air mata ahli keluarganya berdegil untuk mengalir walau dipaksa berhenti. cornea mereka yang sebelum ini kelihatan biru dan hijau zamrud agak suram dihiasi kemerahan. sayu. sungguh sayu.

cikgu ada memberitahu kami, Tella seorang..

  • sangat mantap nahunya
  • dia sangat peka apabila cikgu salah menyatakan fakta
  • apabila dia berkata-kata(syarah) di dalam kelas, semua rakan dan guru akan terdiam. khusyuk.
  • dia sangat cintakan mesir. dia mahu berkahwin dan menetap terus di mesir, katanya.
  • Tella selalu menziarahi guru-guru di sekolah walaupun dia sudah melanjutkan pelajaran di universiti.
  • fasih berkata-kata
Tella di kebumikan oleh ahli keluarganya (lelaki) dan guru-guru lelaki sahaja kerana tempat pengebumian itu terletak terlalu jauh. lebih jauh dari Giza (1 jam dari sini). kami mengambil keputusan untuk menghantar si ibu pulang ke rumah kerana terlalu penat dan sedih sehingga perlu dipapah oleh ahli keluarga. lebih-lebih lagi ibunya baru sahaja tiba 2 pagi semalam.

al-fatihah...


"sungguh! hati itu anugerah terindah dari Ar-Rahman pada makhluk yang bernama manusia. bagi insan hina seperti aku, yang banyak jahil dari tahu, yang banyak alpa dari peka. hanya satu pintku Ya Allah..Andai esok tiada lagi, biarlah aku pulang dengan hati yang bersih.."

Wassalam :|



1 comments:

sizuka[Izzati] said...

Al-Fatihah untuk arwah Tella.