Sunday, October 23, 2011

tips untuk para pendidik :D

Assalamualaikum..



Before we going further, saya nak tegaskan yang point-point yang saya berikan dekat bawah ni adalah cadangan dan pendapat personal saya. Btw, entry ni panjang. Kalau dah start baca tu, baca lah sampai habis. Tak rugi pon.



Sikap Dan Teknik Kita Sampaikan Ilmu Tu Menjamin Career Student
Maybe ada yang kata, “Yeah, we totally know that.. kalau cikgu tak bagi kita ilmu, macam mana nak kerja kan? Nak jadi accountant, tapi tak pernah belajar math.. ada ke?”
Yeah, saya pun tahu tu. Tapi apa yang saya maksudkan dekat sini:

Contoh 1:
One of the architecture-wanna-be ada berkata, “Ramai orang yang regret selepas ‘masuk’ dalam bidang architect. Tapi saya tidak. Antara sebab saya ingin menjadi seorang architect adalah masa year 1 dulu, guru seni lukis ada minta kami lukis bangunan. Dan apabila dia melihat lukisan saya, he was really impress with me. Dia kata saya boleh pergi jauh. Dan dia tampal hasil lukisan saya dekat board belakang kelas. Saya bangga walaupun ramai yang cakap, “Aku tak tahu apa yang cikgu banggakan sangat dengan lukisan kau ni.” That’s why sekarang saya masih berdiri sebagai an architecture student.”

Contoh 2:
Ada sorang  student bertekad dari kecik lagi nak jadi accountant. Tapi bila dia form 1, dia salah jawab satu soalan je. Tapi dah kena berdiri dekat sebelah pokok besar yang banyak kerengga dan disaksikan oleh classmate lain. Start dari situ, dia tak nak masuk kelas math. Dan disebabkan cikgu tu ada mengajar subjek lain juga, dia tak suka dah ke sekolah. Dan sekarang dia jadi buruh kasar je.
Mungkin ada yang kata, “Ala betul apa cikgu tu buat. Budak tu mesti nak kena ajar sikit. Kalau tak sampai bila-bila tak  pandai.” Ha’ah memang betul tapi biarlah berpada-pada kan?


Pandai Main Perasaan Student
Hey! Maksud saya bukan lah, for example, cikgu lelaki pergi pikat budak perempuan form5, then bila budak tu dah jatuh hati, si cikgu ni pi tinggal je budak ni.

Tak! Tak! Maksud saya bukan mainkan perasaan macam tu.

Maksud saya, for the example. Contoh 1:
Bagi cikgu year 1, hari pertama sesi persekolahan tu, mesti ada student yang ‘homesick’ and ‘parentsick’ kan? Jadi pandai-pandai lah nak pikat hati depa ni. So,hari pertama tu, bawa lah paket-paket kecik gula-gula macam doorgift tu ke. Nanti buat lah sesi perkenalan. Bila student dah selesai perkenalkan diri, hadiah kan gula-gula tu dekat depa. And diorang akan appreciate sangat pemberian tu. Walaupun gula-gula murah.

Kenapa saya cakap macam ni? Nampak macam tak penting kan?

Sapa kata tak penting? Kalau kena cara, student tu akan mudah nak terima ilmu yang kita sampaikan. Sebab kita dah pegang mind set diorang bila first time juma kita. Alah kenalah psycho sikit dengan budak-budak ni.

Dan disebabkan ni juga lah, saya masih ingat guru kelas saya masa pra year 1. Namanya cikgu Rasyidah. A beautiful-specky-woman. Muka dia pun saya ingat lagi. Hanya sebab beberapa biji gula-gula.


Kena Kawal Emosi Dan Minda Student
Point ni,untuk mudahkan lagi anda faham, saya akan bagi contoh terus.

Contoh 1:
Sorang ustaz ni pernah mengajar saya pendidikan islam. Dan sampai sekarang saya salute dengan beliau sebab apa yang beliau sampaikan semuanya cara praktikal. ustaz akan kaitkan dengan hidup kita. Dan bila tamat je waktu subject pendidikan islam, at the same time, saya akan dapat apa yang ustaz sampai kan, exactly. Dan memandangkan ustaz ni mengajar subjek Pengajian Islam, everytime saya habis kelas ni saya akan fikir tentang dosa-dosa yang saya pernah buat. beliau buat kan saya banyak fikir pasal akhirat. Dan saya perasan semua classmate saya pun rasa benda yang sama. Masing-masing muka jadi cuak sebab takut dengan keadaan akhirat yang ustaz tadi sampaikan. Besarkan impak dia? Ok. Faham kan dengan concept “kawal emosi” ni?
Dan jangan risau, kalau anda mengajar subject lain, anda juga mampu buat macam tu. Bagi semua student drop their jaws on the floor bila anda sampaikan ilmu tu. :P


Bergurau Tu Biarlah Berpada-Pada
Bagi saya, point ni penting! Sebab boleh jadi,dengan tindakan kita yang melampau, student tak boleh catch up apa yang kita sampaikan dan akan pressured je sepanjang kita mengajar. We need to know, peringkat emosi kita dengan budak-budak ni tak sama. Bagi kita mungkin gurauan tu biasa je. Tapi bagi diorang mungkin sangat besar. Nak contoh? saya akan tulis dalam next entry lah. Sebab banyak yang saya nak ceritakan sebab saya pernah jadi mangsa keadaan.. haha

Ok tu je point saya setakat ni.



p/s: jadi lah murabbi  instead of pendidik. Pendidik: hanya menyampaikan ilmu. Murabbi: menyampaikan ilmu dalam masa yang sama membantu pelajar untuk berjaya dan melakukan semua pekerjaanya lillahi ta’ala. Simply, macam mana kita nak bezakan antara murabbi dengan pendidik? Murabbi adalah guru yang kita ingat sampai sekarang (ingat benda yang positive lah) dan pendidik pula guru yang kita ingat-ingat lupa je.

Assalamualaikum 

0 comments: