Sunday, October 23, 2011

aku rindu dia!

Assalamualaikum.

Saya guna ‘aku’.

Tok mie!!(kinda screaming) Fuhh..relax..cool down.. intro entry je dah emosi..haha

Hari ni aku nak cerita pasal tok mie. Yeah,  memang aku tak ada pertalian darah dengan tok mie ni. Tapi kami rapat. Tok mie ni tukang masak dekat primary school aku dulu. Aqfa Integrated Islamic School (AIIS). Sekolah aku lah tu.

Nak cerita pasal sekolah lah kejap, boleh?

AIIS ni terdiri dari sebuah banglo je dan mempunyai lebih kurang 7 buah bilik. Satu kelas, paling ramai pun, tak sampai 20 orang student lah. Jadi, kitorang ni dah macam family. Sebab balik-balik muka yang sama je kitorang jumpa. Hii

Yang best nye(kenangan yang berkait dengan aku dan tokmie).. bila ada yang dahaga boleh minta izin nak ke dapur untuk minum air(haha tu ke yang best?). Kadang-kadang ada je yang curi-curi makan kat dapur tu. Eh correction. Bukan mencuri tapi minta. haha Alang-alang lah  kan pergi dapur tu. Makan lah apa yang ada. Haha tapi aku rasa macam aku sorang je buat macam tu :P

Pastu, dengan selamber nye pergi dapur sambil cakap.. “Tokmie…kita dahaga J”. Tokmie balas “Ok nak air apa?”.. hm best kan tokmie ni.. tapi aku tak ada lah over sangat sampai minta air fresh oren ke.. milk shake ke..paling teruk pun aku akan minta air masak je lah… tu satu, sebab tu lah aku rapat dengan tokmie.. sebab dia rajin layan aku.

Lagi satu, yang aku ingat, sesi sekolah kitorang mula pukul 7.30am dan habis area 4.00pm. so, kitorang akan ada 3 sesi makan.. breakfast, lunch dengan hi-tea. Selalunya hi-tea tokmie akan masak bubur such as bubur  kacang. Tak pun kuih ke. Tapi tokmie tahu yang aku tak suka bubur kacang sebab ada kacang hijau(nama pun bubur kacang kan). So, kadang-kadang tokmie akan prepare something untuk aku. Tapi tu kadang-kadang je. Sebab selalunya, tokmie akan suruh juga aku makan walau sedikit. Tokmie pesan “Tak baik tolak rezeki… orang miskin tu lagi kesian tak ada makanan. Yang kita ni pulak, bila dah ada makanan, kita tak nak.”

Jadi, start dari situ aku dah mula belajar makan bubur kacang! Sampai sekarang, aku still makan.. even satu sudu. Sebab aku ingat tokmie cakap, “sekurang kurangnya kita makan sikit”.

Setiap hari, abah yang amik aku balik sekolah. Sebab pejabat abah dekat dengan sekolah aku. Tapi abah selalu juga kerja di luar kawasan, jadi, Teacher Zaniza(owh I miss teacher too) yang akan tumpangkan aku balik rumah. Kalau time aku balik lambat, tokmie lah kawan aku untuk berborak.

Aku suka bercakap dengan tokmie. Sebab tokmie cakap lembut. Kalau nak tegur pun, step by step.. not straight to the point. Tokmie pandai jaga hati aku. Tokmie selalu bagi nasihat pada aku.

Tapi sekarang aku tak tahu tokmie masih ada lagi atau tak. Sebab kami betul-betul dah lost contact.

Kalau tak silap aku, last aku jumpa tokmie time aku form 1… that’s mean hampir 4 years ago. Aku jumpa tokmie pun secara kebetulan je. Tokmie datang bakery mak aku. Semuanya aturan tuhan. Kitorang tak jangka pun yang kitorang dapat jumpa lagi.
Masa tokmie nampak aku tu, dia peluk aku kuat-kuat. Dia cium aku banyak kali. Maybe it’s the last kisses from tokmie… God, Iffah rindu tokmie!

Ya Rabb jika dia masih ada, engkau panjangkan lah umurnya dengan kebaikan.. dan temui kan lah kami. I really want to see tokmie. And jika dia tiada lagi, engkau tempatkanlah dia di syurga Firdausi. Temuikanlah kami di sana kelak. Amen.

Tokmie, iffah rindu tokmie!

btw, i really miss my peoples!

6 comments:

yanAzhad said...

salam dik..
boleh bgtau akak details pasal sekolah AIIS ni tak... location and education camne..

tq..!!

iffah :) said...

salam akk maaf sangat2 sebab lambat reply..
just a simple information,
-terletak dekat dengan teluk cempedak,pahang berhampiran dengan kediaman tengku mahkota pahang.
-silibus subject ikut silibus singapore.
-age student kalau tak silap 5-12 years old.

tu je kak yang iffah ingat..huu sorry.. tapi sekarang iffah x tahu macam mana keadaan AIIS ni lagi :)

Dyra Sarun said...

salam,are you an ex student of AIIS ? i'm an ex student myself but i left that school when i was 8 around 2004 but at that time i masuk class darjah tiga *i dont remember nama class tu* anyway was just wondering AIIS apa cerita sekarang ? i havent really kept in touch w my friends and i really miss that school,tx :)

iffah :) said...

yeah! i'm an ex student of AIIS. kiranya kita tak sempat lah. sebab saya masuk AIIS tahun 2005 when i was 11. and i really have no idea about the school. -_-

Iszkandar said...

Assalamualaikum..

Dekat Sir Iskandar tak rindu ker.. hihihi

https://www.facebook.com/Isziszkandar

iffah :) said...

Allahh.. Sirrrrrrrrrrrrr!!! mestilah rindu. dulu kalau jumpa sir, mesti nak suruh sir menyanyi. haha sir sihat? teringin sangat nak jumpa sirs dengan teachers AIIS :')