Sunday, October 23, 2011

bergurau tu berpada-pada lah!



Assalamualaikum.



Kalau anda ada baca entry sebelum ni, insyaAllah anda akan faham apa yang saya nak sampaikan. Hari tu saya ada kata nak list kan point2 yang berkaitan kan? ok jom start sekarang.Btw, semua situasi ni pernah terjadi pada diri saya sendiri.

saya guna 'aku' :)



Situasi 1


Masa aku year 2, cikgu S ni jadi guru kelas aku. Dia muda dan ada rupa lah. Semua student perempuan ni macam tergila-gilakan dekat cikgu S. plus, cikgu S pandai buat lawak dengan student. Tapi bukan dengan aku. Sampai sekarang aku tak tahu kenapa. dah la aku student baru dekat sekolah tu. blurr

Cikgu S ni ada janggut dan semua student cakap, “Cikgu, janggut cikgu macam kambing!”

Pernah sekali tu, masa subject C. S (short form jelah ye? Malas nak tulis panjang-panjang.) mengajar, dia sibuk buat lawak dan adalah suara budak-budak perempuan yang cakap, “Cikgu! Cikgu handsome sebab janggut cikgu macam kambing!” satu kelas gelak termasuk lah aku. C. S pun gelak juga.. sampai merah-merah muka dia gelak. Tapi suddenly dia berhenti gelak, pastu dia Tanya aku,”Iffah, janggut cikgu macam apa?” aku nak jawab macam takut je. Tapi aku jawablah juga, “Macam kambing.” Tapi aku jawab serius tak de lah gelak-gelak.

Lepastu muka dia terus masam mencuka dan berkata, “Ingat beradab sangat lah samakan cikgu dengan kambing?” Tengok! Tak pasal-pasal aku kena marah. Padahal budak lain cakap macam tu dia tak marah pun. aku tak faham!




Situasi 2


Dalam kelas aku duduk sebelah Nina. Dia ni anak murid C.S yang paling disayangi lah. (aku rapat je dengan nina ni walaupun aku tahu dia dengan C.S selalu kenakan aku) Pernah sekali tu, masa C.S tengah menulis dekat whiteboard, nina cakap dekat aku, “Iffah tulisan cikgu makin lama makin senget lah.. lepastu makin lama makin kecik.kita tak Nampak.” Aku pulak cakap, “eh, yeke?”

On the spot, C.S pandang belakang dan, “Ye Iffah, ada apa yang boleh saya bantu?” aku balas, “Tak ada apa-apa.Cuma nina cakap dia tak dapat baca apa yang cikgu tulis sebab makin lama makin kecik dan senget.” Cikgu balas, “Ah ada saya kisah? Ni bersyukur je lah saya nak tulis.”

Dalam hati aku,”Mak…. Nak pindah sekolah..” aku pun sambung lah menulis sambil bergenang air mata. Si Nina pulak buat tak tahu je. Sekali lagi, aku tak faham!



Situasi 3


Biasanya masa cikgu habis kelas, masing-masing mestilah berebut nak tolong angkat buku cikgu ke bilik guru kan? Yeah, aku pun sama. Tapi kalau dengan C.S aku akan fikir beratus kali sama ada nak tolong dia ke tak. Bukan apa. Aku takut je sebenarnya.

Dan one day, sewaktu semua student berebut-rebut nak tolong. Cikgu berkata, “iffah ni memang macam ni ye? Pemalas? Meh sini tolong angkat buku saya. Hmm buku ni banyak. Tapi tak pe. Saya rasa iffah larat je angkat sorang.” Aku ni pun angkat lah walaupun terjatuh-jatuh buku tu sebab tinggi macam bukit. Aku ni kecik-kecik dulu bukannya besar. Ketot je. Dan orang tak akan expect pon yang aku ni budak Year 2 kalau tengok badan aku.



Situasi 4


Ada sekali tu, A&W datang sekolah kitorang. Macam biasa kitorang akan dapat satu set ayam dan ada mascot datang teman kitorang makan. Kebetulan hari tu, Nina, adik-angkat-intan-payung C.S makan dekat sebelah aku. Aku ni chicken lover. So, aku akan makan sikit-sikit. Kitorang dapat dua ketul ayam per head. Aku plan, aku nak makan seketul dekat sekolah dan seketul lagi dekat rumah. Haha sebab aku sayang nak makan. Tak lama lepas tu, aku belum sempat habiskan seketul ayam, C.S datang dekat Nina. Dia Tanya,”ok ke makan? Sedap tak? Cukup tak?”

Nina pun jawab, “Sedap! Kita punya ayam dah habis dah cikgu. Kita makan dua ketul cepat gila sebab sedap.” Cikgu balas, “Alah kesiannya cikgu dengar. Haa iffah punya ayam ada lagi satu tu.” Sambil dia pegang kotak A&W aku, “Iffah, cikgu amik ayam ni ye? Cikgu nak bagi dekat nina. Kesian pulak dia tak cukup.” Tak sempat aku cakap apa-apa, kotak tu dah ada kat tangan Nina. Aku sedih! Sebab aku baru je ingat nak bawa balik umah dan makan dengan mak aku sambil cerita pasal mascot A&W tu. AKU TAK FAHAM!



Situasi 5


Ada satu hari, subjek C.S mengakhiri sesi persekolahan kami. Dan semua student akan beratur nak salam cikgu dekat luar. Cikgu handsome kan! lol Dan dalam kekalutan student lari-lari nak beratur dekat luar kelas, sempat lagi C.S bagi arahan dekat aku, “Iffah tolong padamkan whiteboard tu ye?” yang aku ni pula takkan nak kata tak nak kan? So, aku buat je lah. Even aku kena berdiri atas kerusi untuk padam whiteboard.

Dah selesai, aku pun beratur lah nak salam cikgu walaupun hanya tinggal dua tiga orang je lagi yang berbaris. Sampai je turn aku, cikgu kata, “Ya Allah saya terlupa ada barang tertinggal dekat bilik guru!” yang aku ni pulak, mampu terpaku je lah sambil tangan hulur nak salam. Tapi tak dibalas. Sedih woo!! Sobs sobs..



Situasi 6


Pernah sekali tu, aku makan pedas time rehat. Dan on the spot, dekat canteen tu juga aku sakit perut. Menangis dan Nina jugalah yang panggil C.S sebab dia guru kelas aku. Loceng dah pun bunyi dan semua student dah masuk kelas. Hanya tinggal kami bertiga. Aku duduk tunduk dekat meja makan sambil menangis. Semua soalan yang C.S Tanya dekat aku, aku tak jawab. Sebab aku rasa macam aku tak ada feel nak jawab soalan dia even perut aku rasa pedih tak tahu nak cakap macam apa. Sampaikan aku duduk bawah meja sebab tak nak cakap dan pandang C.S. Sampai C.S sekali masuk bawah meja sebab nak pujuk aku. Haha Kebetulan Cikgu Hisyam (hye cikgu!) keluar dari canteen dan perasan lah dekat aku dia terus datang dan cakap, “Eh S kenapa ni? Kenapa engkau biar student macam ni? Iffah kenapa?” C.S balas, “Aku dah Tanya tapi dia tak nak jawab. Dia sakit sangat kot. Sampai aku pun tak tahu nak buat apa.”

“Iffah, iffah kenapa? sakit perut ke? Cuba bagi tahu cikgu.” Kata Cikgu Hisyam. Then terus aku balas, “ Ha’ah sakit perut!! Cikgu, nak mak!!” tangisan aku terus meletop. Dan aku sempat juga perasan muka C.S. macam terasa dengan aku. Tapi aku macam dah tak peduli je. Macam kejam gila je kan aku ni. Tapi dia yang paksa aku jadi macam tu. Dalam masa yang sama, c.hisyam berlari ke bilik guru untuk amik minyak angin dan sempat lagi pesan, “S minta no telefon mak iffah! Lepastu kau call.”

Bila C.S minta, aku sempat lagi cakap yang aku nak cakap dengan C.Hisyam je… bhahahaha mengada betul aku kecik-kecik ni.. banyak songeh. Bila selesai semua masalah dan diselesaikan oleh cikgu Hisyam dan diperhatikan je oleh C.S, mak aku pun sampai. Tapi memandangkan ayah aku bawa kereta pergi kerja, mak aku jalan kaki je lah amik aku lagipun rumah kitorang seberang jalan je. Disebabkan mak datang amik aku tanpa kenderaan, c,Hisyam ada motor je dan hanya C.S yang ada kereta, dia lah kena hantar aku balik. Aku rasa beria kot aku nangis time tu. Bukan sebab sakit perut, tapi sebab kena naik kereta C.S.



Situasi 7


Akhirnya aku pindah sekolah. Bukan sebab aku tak suka C.S tapi sebab pekerjaan ayah aku. Nak dijadikan cerita pulak, hari last aku sekolah kat situ, aku puaslah mencari C.S sebab nak minta maaf lagipun dia kan guru kelas aku. Kebetulan pulak hari tu, C.S tak mengajar dekat kelas aku. At last, bila budak semua dah balik sekolah, aku ternampak C.S dekat area tapak assembly. Aku pergi dan cakap, “Cikgu saya nak pindah dah. Ni hari last saya sekolah.” Cikgu balas, “Ooo yeke..lepastu?” aku balas, “lepastu saya nak salam cikgu. Saya nak minta maaf dan terima kasih dekat cikgu sebab mengajar saya.”

First time aku tengok cikgu senyum ikhlas dekat aku. Dan cikgu hulur tangan dekat aku. Elok-elok aku nak salam terus cikgu tarik tangan sebab ada student lain nak salam dengan dia. Aku ni macam syok sendiri pulak. Pastu C.S boleh pulak buat borak-borak pulak dengan student tu. Aku terus termenangis. Haha budak-budak kot.. kalau nak menangis bukannya boleh tahan. Tapi aku tak de lah teriak pulak dekat sebelah cikgu tu. Last sekali aku, tarik je tangan C.S dalam poket dia dan aku salam. Aku cakap “TERIMA KASIH CIKGU.” Huuu aku pecut balik rumah walaupun cikgu S buat tak tahu je dan teruskan berborak.

Esok lusa aku jumpa Nina kot. Haha aku pun tak ingat. Dia kata cikgu S cari aku. Sebab cikgu ingat aku main-main je nak pindah.

Tu ‘je’ lah apa yang aku ingat dan yang masih segar bugar dekat fikiran aku. Aku rasa aku tak pernah cerita pun pasal C.S dekat family aku. Sebab entahlah. Aku rasa sebenarnya C.S tu baik je kot.. Cuma gurauan dia tak kena dengan hati aku.. dan yeah! C.S memang baik. Kalau tak macam mana boleh semua student suka kat dia kan :)

Wahhh panjang nye entry aku kali ni.. entry khas untuk cikgu S..hihi harap-harap lah Allah temukan C.S dengan blog aku ni. Supaya dia tak buat benda yang sama dekat student lain. Kesian kot.

Tu jelah. Korang pandai-pandai lah buat conclusion bagi story aku ni. Yeah, aku tahu memang dulu aku nerd dan ikut je cakap orang. Tapi dia cikgu aku kot. Sebab tu aku ikut cakap dia. Dah la. Salam!


















4 comments:

Makbed said...

kesiannya. but, maafkanlah dia ek. cs tu maybe tak perasan kot kan.

Ck Syaa 【ツ】 said...

ni crita iffah dkt sk 3&5 ke?

iffah :) said...

makbed: ha'ah hakikatnya c.S tu sangat baik :)

iffah :) said...

ck syaa: eh tak lah :) iffah sekolah dkat chini sampai year1 je :)