Sunday, October 23, 2011

Sometimes we need to think NEGATIVE

Assalamualaikum

Saya guna ‘aku’.

Aku nak kiaskan concept “Sometimes we need to think NEGATIVE” dalam satu story yang pernah terjadi dekat aku.

Nothing serious, pasal uncle mabuk ikut aku balik rumah je..

Alah, budak iffah ni… tu pun nak jadikan issue ke? Lalalalalalalala… who cares? *owh teruknya perangai dia ni.. ok. I need to stop this silly inner monolog. Lol

Cerita tu macam ni…

One day, beberapa hari lepas aku sampai Scotland, angah aku ada cakap yang dekat dekat rumah ni ada taman. Kebetulan hari tu aku ringan kaki nak pergi jalan-jalan. Sorang-sorang pulak tu.

Then, bila angah dah siap bagi direction, aku pun siap-siap nak keluar. Aku sangkut camera aku dekat bahu, tangan kanan aku pegang cokelat Crunchies dan kunci rumah pulak  aku massukkan dalam poket winter coat aku.

Aku ikut je direction angah. Alah bukan jauh pun. Turn left and straight forward, lepastu look at your left side. Haa jumpa pun. Yeah taman tu sangat awesome.

Dan setiap beberapa minit ada lah dua tiga orang Scottish berjogging dekat taman tu. Yang lelaki pakai shortpants. Yang perempuan pulak ada yang pakai mini skirt. Owh tu pun nak bagi tahu ke? Tak de lah bukan apa.. orang lain sibuk pakai winter coat, depa relax je kan jogging macam tu. Kadang-kadang aku pulak yang sejuk tengok diorang pakai macam tu.




Ni lah taman tu. Btw, Nampak tak pakcik yang duduk atas kerusi belah kiri tu? Without dog and with the red face? Pakcik tu lah mabuk haha.

Ceritanya bermula macam ni. *atas tadi bukan dah mula ke?

Aku duduk relax-relax kat kerusi dulu, sambil makan Crunchies. And suddenly pakcik tu lalu depan aku. Aku senyum je lah kan. Dia duduk dekat kerusi sebelah aku. Tak sampai lima minit dia duduk, dia dah bangun. Aku ingatkan dia nak balik. Tapi aku buat tak tahu jelah kan.

Tapi bila dia lalu depan aku, tiba- tiba dia berhenti dan dialognya pun bermula..

Uncle: hello!
Aku: hye ya!
Uncle: whats your name?
Aku: Nur (haha!) whats your name?
Uncle: me? I’m Donald. Like the Donald Duck.
*sambil dia gelak dan act like itik depan aku.
*dalam hati aku, hmm apasal pakcik ni tiba-tiba menari depan aku ni kan..pastu mana pulak Scottish-Scottish yang sibuk jogging tadi? Tak kan aku dengan pakcik ni je yang ada kat park ni. Huh! Positive! insyaAllah tak ada apa-apa.

Aku: owh.. have a sit..
*Sambil tangan aku tunjuk dekat sebelah aku. Haih apasal pulak aku peramah sangat ni. Siap pelawa duduk sebelah lagi kan. Pakcik tu pulak cepat je dia duduk.

Tapi aku buat tak tahu je lepas tu. Sepatah dia tanya sepatah aku jawab. Tak lama lepas tu, tangan dia dah ada dekat belakang kerusi aku. Aku pulak, “Allah!! Apehal pakcik ni.”
Crunchies yang aku nak gigit tu pun tak tergigit dah. Lepastu aku bangun dan aku bagi tahu dia yang aku nak pergi tangkap gambar. Dia pun angguk-angguk je. Kat mana je aku pergi dia tengok. Aku ni pun dah rasa lain macam. Aku jerit je kat dia, “I want to go home first! Bye” dia balas “ok! See ya!”

Aku pun jalan laju-laju sambil baca selawat yang mak dan abah aku ajarkan dulu. After a few minutes, jantung aku berdegup macam biasa. Tak adalah macam ada hurricane dalam jantung aku ni. Haha

Tapi tak lama lepas tu aku rasa macam ada orang ikut aku. Aku pusing belakang, “Allah pakcik ni apasal?” mula-mula tu aku cuba sedapkan hati..”alah rumah dia dekat-dekat sini kot” tapi hati aku pulak macam meberontak “please lah iffah! Please STOP to think positive in this situation.”

Aku pun apa lagi ber’walkhaton’ lah dekat situ. But, memandangkan bangunan dekat sini sama je, aku dah lupa, mana satu block rumah abang dengan kakak aku. Macam tak ada makna lah aku bawa kunci rumah sebab tak tahu mana satu rumah kan?

Tapi tak pe, biar aku TRY and ERROR. Owh, btw, nasib baik angah dah bagi tahu, kunci mana untuk grill dekat bawah, and kunci mana kunci rumah. Jadi aku dah siap-siap keluarkan kunci tu dari poket coat aku.

Aku try block pertama, tapi salah. Alamak pakcik tu macam dah nak dekat, tapi sebabkan dia dah tua dan mabuk, dia macam tak stabil sangat la berjalan. Aku try lagi next block. Alhamdulillah Allah help me. “this is our block! Thank you Allah!”

Then, aku tutup pintu tu cepat-cepat. Alhamdulillah. Tapi aku tetap shaking time tu. Masalah aku sekarang pulak, aku lupa rumah abang aku level berapa. Haaaa teruk tak aku ni? Tapi aku ada alasan, sebab ni first time aku keluar. no wonder lah aku tak cam kan? Haha nak juga menang.

Aku naik sampai level atas, tapi aku tetap tak cam mana satu pintu rumah abang aku. Tapi instinct aku kuat pada satu pintu ni.. aku try buka dan Alhamdulillah betul. Haha macam treasure hunt dah aku rasa.

Tu jelah kot story aku.

The moral value: Sometimes we need to think negative. Bak kata cikgu aku dekat high school, “think positive tu membawa kita pada satu masalah dan think negative tu menghalang kita dari satu masalah.” Tapi sometimes je lah kan.. kalau memanjang ke nak think negative, susah juga.

P/s: cuba bayangkan kalau aku think positive je sampai sudah..nauzubillah..
Assalamualaikum! See ya!

p/s/s: apasal pulak pakcik tu pergi masuk dalam mimpi aku ni.. haih scary kot!

0 comments: