Friday, June 22, 2012

Pendidikan awal kanak-kanak di barat



Assalamualaikum peeps!

Pada pendapat saya, culture di sana:
·    
            Banyak dedahkan kanak-kanak normal dengan mereka yang OKU. Even dalam channel Cbeebies khas untuk kanak-kanak, kebanyakkannya yang terlibat dengan rancangan itu adalah kanak-kanak OKU. So, bagi mereka yang selalu mengikuti rancangan ini sudah terbiasa melihat rakan-rakan OKU tersebut. Oleh itu, apabila mereka berjumpa dengan sesiapa sahaja OKU secara reality, mereka tak akan rasa takut. Malah mereka mungkin teruja disebabkan, “Eh mama, ni lah yang selalu masuk TV tu kan?” They want to make friends. Bukan macam kebanyakan anak melayu. Mereka sememangnya tidak didedahkan dengan golongan OKU dari kecil. Then, mereka akan rasa takut untuk mendekati golongan OKU.
·       
            Ketika usia bayi belum mencecah setahun. Awal dari itu, terdapat centers yang menetapkan hari untuk ibu dan anak datang ke kelas mereka. Satu idea yang sangat menarik. Dengan ini, bayi akan terdedah dengan cara bersosial (yang sihat) di usia yang muda.Aktiviti untuk umum. Maksud saya, semua peringkat umur kanak-kanak dibenarkan hadir. Tapi kebanyakkannya 5 tahun dan kebawah kalau tak silap. Antara aktiviti menarik yang dilakukan adalah:
o   First of all, semua kanak-kanak diberikan alat mainan. Mereka akan bermain bersama-sama. te rpulang pada si ibu sama ada mahu turut bersama anak mereka atau duduk di meja-meja yang disediakan bersama ibu-ibu yang lain.
o   Tidak lama kemudian, mereka akan menghidangkan snack khas untuk bayi dan kanak-kanak.
o   Lastly, lampu ruangan tersebut ditutup. Kemudian effect- effect lampu dipancarkan. Kelihatan seperti guli-guli bertaburan (efek cahaya bulatan kecil). Dan dalam masa yang sama, lagu-lagu typical kanak-kanak didendangkan. Si ibu dan anak semuanya menari sambil menyanyi bersama-sama. Simple kan? Tapi boleh bagi impak yang besar pada kanak-kanak.

·         Rancangan televisyen I Can Cook! Ni favorite makshu dengan Muhammad ni. Rancangan ni sangat bagus. Kanak-kanak diberi pendedahan berkaitan cara-cara memasak. Resepi yang disediakan sangat mudah. Tapi semestinya perlu dipantau oleh orang dewasa. Tapi, apa yang menariknya adalah minat memasak di kalangan kanak-kanak dapat di semai di usia yang muda lagi. Untuk menambahkan lagi daya tarikan dalam rancangan ini, mereka akan selitkan slot menyanyi bersama Little Chef ketika memasak.

·         Pernah dengar Jo Frost’s Rule? If not, try to google it. Salah satu rule yang saya tertarik adalah cara beliau menangani kanak-kanak yang melakukan kesalahan. Jo Frost is great at laying down rules without harsh punishments. Why not kita cuba cara Jo Frost menangani kanak-kanak yang membuat salah?

Ada banyak lagi yang nak di-list kan. Tapi saya rasa cukup setakat ini dulu. Btw, kalau free cuba buka website Dr. Halina. www.barelysupermommy.com cuba tengok gaya pendedahan beliau kepada Little B. kinda interesting! Antaranya adalah:
·         Masukkan Little B ke music class.
·         Ajar Little B berenang di usia yang amat muda dan dipantau oleh couch berenang yang professional.



*Hey, there! Remember this! The most important lesson for children is all about our religion. Let’s start from the early age!

* Yes I know. I’m not a mother. Am only 18-years-old-young-lady. But I had an experience as a nanny. :P lol. tak salah kan kalau nak bagi pendapat. :)

Till then,

Thanks for reading my entry.

0 comments: