Wednesday, August 29, 2012

tertinggal flight sehari sebelum raya.. sigh~~

Aku sangat percaya bahawa Allah itu sebaik-baik perancang.

"Fighting has been enjoined upon you while it is hateful to you. But perhaps you hate a thing and it is good for you; and perhaps you love a thing and it is bad for you. And Allah Knows, while you know not." (al-Baqarah: 216)

Yes, memang kita dah merancang banyak agenda. Tapi Allah Maha Hebat. Allah tahu yang terbaik untuk kita.

Memang seumur hidup, saya tak pernah terfikir bahawa saya akan melalui detik tertinggal flight. Ouch, sangat sedih. Lebih-lebih lagi sehari sebelum raya. Double triple sigh.

Ni cerita tahun lepas. Tapi saja nak cerita semula. Kalau saat saya lalui situasi ni, memang lah rasa ibarat kejadian ni adalah kenangan yang paling pahit. Tapi tu dulu. Sekarang dah jadi kenangan manis. Hihi sebab bila difikirkan semula, waktu tu, Allah tengah menguji saya. Sama ada saya nak menagis, meratap atau nak redha dan percaya ada hikmah disebaliknya. Adehh, sedih tu memang sedih. Tipu lah kalau kata gembira kan bila tertinggal flight?


Ceritanya macam ni…

Yes I know. It was my bad. Hari yang sangat kalut. Malam sebelum tu, saya sibuk sedikit dengan persiapan jamuan raya yang bakal diadakan di Dewan Malaysia. Tapi hal ni tak ada kaitan lansung. Yang jadi masalahnya adalah keesokkan harinya. Flight saya tepat pada pukul 4pm.

Dan semestinya, yang akan menghantar saya ke airport adalah abang de. Tapi ditakdirkan tuhan, jalan jem. Sangat-sangat jem! Allahu rabbi..

Kalau nak suruh senior hantar kan saya ke airport Cairo, tetap tak boleh menyelesaikan masalah. Kenapa? Sebab tiket flight ada  pada abang de. Allah!  Yes, my bad. Dah macam mana?

Selepas abang de sampai, hati dah tenang sikit. Tapi kami stuck lagi dalam jem. Sigh~

Nak cepat punya pasal, semua jalan short cut abang de dah lalu. Tapi SEMUA jem! Saya masih ingat, ketika kami berasak-asak menuju ke airport, kereta kami dan sebuah kereta pak arab berselisih. Side mirror kami berlanggar. God!

Tapi nak jadikan cerita, laluan kami sentiasa berjalan. Dan pak arab tu masih tersekat dalam line sebelah kami. Kalau kami nak berhenti, silap-silap kami pulak yang menyebabkan jem semakin teruk. Huu last-last kami terus menuju ke airport. Agak teruk di situ.. huu tapi apa yang saya tahu, side mirror dia ok je. Cuma mungkin tercalar je la satu dua line.

Hari tu memang hari ujian buat kami. Sampaikan kereta dalam kawasan airport pun tak bergerak. Dan tak pernah-pernah banyak bas awam masuk dalam kawasan tu, tiba-tiba hari tu penuh dengan bas. Setiap beberapa minit, mesti ada kapal terbang yang lalu di atas kereta kami. Dari bawah, saya perhatikan betul-betul setiap warna kapal terbang tersebut. Setakat yang  saya tengok, tak de pulak yang bewarna biru (KLM airline).

Ditakdirkan Allah flight delayed. Alhamdulillah syukur sangat-sangat doa kami sepanjang perjalan ke airport dimakbulkan. Tapi pak guard arab pulak buat hal. Kitorang kasi duit pun tak boleh masuk (biasanya pak arab macam ni, nak duit je..typical them). Kali ni tak tahu la dia nak apa. Dia suruh tunggu, tunggu dan tunggu. Last-last cakap dah terlepas flight. Duhhh… kalau kami nak call broker/ agent pon tak boleh sebab kami beli online.

Conclusion nya, plan untuk beraya dengan angah, kak zai dan Mr Bam Bam di Scotland tak menjadi. Alamatnya, beraya lah saya dengan abang de di Cairo. Hahaha

TAPI,, setiap apa yang Allah beri pasti ada hikmahnya..

Seminggu lepas raya, mak dan abah datang ke Cairo. Pheewww… terubat lah hati. Nampak kan apa yang Allah nak bagi? Kalau lah saya selamat ke Scotland sehari sebelum raya, saya tak punya kesempatan untuk berjumpa dengan emak dan abah. Look! Allah Maha Baik! Dan Alhamdulillah urusan kami dipermudahkan Allah. Selepas lima hari saya bersama dengan emak dan abah, saya terbang ke Scotland. Sebenarnya, niat asal saya adalah untuk bantu angah dan kak zai jaga Mr. Bam bam ketika mereka ke kuliah(I’m on summer break) . Dan bukanlah untuk beraya. Tapi kalau dapat beraya sekali apa salahnya kan? Hehe such a jackpot! 

Aturan Allah sangat cantik. Aidilfitri saya bersama emak dan abah. Aidiladha saya bersama dengan angah's family. Thanks Allah.

“ ketika kita diuji, jangan ditanya mengapa Allah lakukan sebegini kepada kita. Sebaliknya, marilah kita cari hikmah di sebalik ujian yang diberikan. Pasti ada hikmah. Jikalau bukan sekarang, insyaAllah kemudian kita akan memilikinya.”  -iffahrashid

Allah knows the best! Allah knows better!



Till then.. wassalam.

4 comments:

Zaihana Rahman said...

Miss you dikk :((..

iffah :) said...

kak zai! miss you more, more and more. kalau ada rezeki insyaAllah dapat kita jumpa lagi. masak sama-sama.. serbu Boots sama-sama.. pergi carboot and charity shop sama-sama. borong buku sama-sama! hihi

Miss You!

Leen Princess... said...

betul ckap iffah tuh..setiap ujian yg Allah bg pasti ad hikmahnya ..hehe..

iffah :) said...

ha'ah kan.. insyaAllah ada manisnya disebalik kepahitan :)