Friday, October 5, 2012

Bersih, kemas dan teratur? Take it easy!




Entry kali ni bertemakan santai dan berfaedah! Eceh

1. hand bag

Pernah tak buka handbag orang yang, sekali je buka.. blerghh! Banyak nye barang. Berselerak pulak tu. Ubat ada. Buku ada. Duit pun merata-rata. Pocket ni ada lipstick. Pocket sebelah dia ada gula-gula+keronsang+ duit syiling. Kalau ditakdirkan phone berbunyi, dah kelam kabut nak cari. Pernah tengok tak? Ke selalu je tengok sebab beg itu adalah beg anda sendiri? Eh? Haha

Telefon berbunyi. Telefon BERBUNYI!
TELEFON BERBUNYI!!
oi mana telefon ni!?
*lol*

Susah kan? Conclusion nye, jom lah kita kemas kan bag masing-masing dengan cara: letakkan toiletry bag dalam handbag. tak payah beli yang besar. cari yang kecil je. dalam tu letakkan semua make-up-stuff. susun kemas-kemas. zip kan dan masukkan dalam hand bag. see.. kemas kan?



2. buku-buku

sesiapa yang suka membaca akan mengalami situasi ini. di mana anda duduk, di situ pasti ada buku. ada orang, sebelum tidur, dia mesti baca buku. so, sebelah bantal je dah ada variety of books. ada orang suka minum petang sambil baca magazine. maka penuh lah magazine atas meja.

untuk mewujudkan keadaan yang lebih kemas, jom lah kita rajin-rajin kan diri  beli rak buku. bukan sahaja nampak lebih kemas, malah ruangan tersebut akan kelihatan lebih menawan.

inspirasi dari laman ekspresi ruang.

hmm cool dan simple. kalau rajin, buat sendiri pun boleh. anda hanya perlukan 3 papan yang berukuran setengah meter, paku dan tukul. guna gam kayu pun boleh untuk menampakkan lebih kemas tanpa sebatang paku. apa yang anda perlu lakukan adalah, potong satu papan kepada dua bahagian. ukurannya adalah sama. yang dua lagi, kekalkan setengah meter. dan saya fikir, sejurus anda lihat rak ni pun anda sudah tahu dia buat macam mana. awesome kan? ini untuk buku.

kalau majalah, anda kreatif dan rajin?

ini hanyalah gambaran.

apa yang saya ingin anda lakukan adalah, gunakan segala kreativiti yang anda ada. first kita beli empat atau lima towel bar. nak letak banyak pun ok.


susunkan ikut kreativiti masing-masing. lagi lawa kalau anda buat susunan tangga seperti gambar di atas. kemudian susun majalah-majalah yang anda ada dengan kemas.

kalau malas sangat, beli je magazine holder macam ni,



atau nak lebih unik?

here it is.

haa baru kemas sikit rumah tu kan? eh apa tak kemas lagi? if not, do scroll down..

.....


.....


.....


.....


......



.....

cut your network connection. 
lol
sebab masa lebih banyak dengan internet

i found this idea on 9gag but i couldn' found the exact picture to show you here!


till then,







0 comments: