Wednesday, October 3, 2012

ralat yang terlampau.

30 Disember 2012. Tarikh berlansungnya majlis sambut menantu di kediaman pengantin lelaki. kediaman kami. 

aku bangun pagi berbekal perasaan penat dan excited untuk melihat hari gembira ateh, Hancur!

bila aku bangun, mata terus memeriksa telefon. "Wah, ada satu mesej!". aku pun tak tahu kenapa rasa excited sangat nak baca mesej. sangat excited. Tapi..

'Salam. al-fatihah buat ust. farhana abdul razak
yang telah meninggal dunia pada pukul 11.45pm
semalam.'

"Allah! siapa farhana ni?" seribu satu soalan. yang meninggal ni ust ke ustazah? eh ada ke ust   yang nama farhana. otak aku tak henti-henti cari alasan yang farhana ni lelaki lah apa lah. sebab aku nak mengelak. 

nama salah seorang roommate aku di cairo adalah farhana. dia menghidap barah rahim.  aku tahu dia teruk tapi pretend to be not. stage 4. rahimnya telah dibuang. dan sangat lemah kesan oleh chemotherapy.

dalam hati. bukan. ini bukan kak farhana ni. nama ayah dia lain rasanya. tiba-tiba aku lupa nama ayah roommate sendiri.

aku call semua kenalan rapat kami. tapi semua tak angkat. terlalu pagi agaknya. tak lama selepas tu ada seorang yang angkat panggilan aku. "...dik, kak farhana 301 lah. bilik adik tu. tak kan tak kenal."

innalillah. Allah sayang dia. air mata aku tak berhenti-henti menangis. 

sebelum ini, ada berkali-kali dia contact aku, suruh pergi ke rumahnya. teringin sangat nak jumpa. tapi dalam kesibukan aku ulang alik dua tiga kali seminggu dari selangor ke pahang, aku tak punya masa. teruknya aku.

ada sekali tu, kami berhenti makan di Maran. and yes, rumah kak farhana di Maran. mata aku cerah, angan-angan aku tinggi untuk berjumpa dengan dia. tapi malangnya aku boleh pulak tak save nombor telefon dia. duhh. tak ada rezeki.

sepanjang dia contact aku, suara dia sangat sihat. bila aku tanya dia ok tak? tak pernah dia kata dia tak ok. semuanya ok. tapi sebaliknya, badannya semakin kurus, perutnya semakin membesar, rambutnya semakin berkurang. bernafas pun bergantung pada oxygen. tapi bila bercakap, masyaAllah suara macam sangat sihat. dia kuat. sangat kuat.

sepanjang aku kenal dia. arwah memang macam tu. kalau sakit, tak pernah nak kata sakit. kalau ada masalah, jarang dia nak cerita. kalau dia call, kami akan cakap banyak-banyak. sampai hilang masalah. sampai kurang rasa.


sepanjang walimah ateh, i used to wear my fake smile everywhere everytime. sangat susah. sambil sibuk-sibuk kadang-kadang mengalir juga air mata. i'm zero. kejap-kejap lost. sedih. bukan senang nak pura-pura gembira. tapi aku tak boleh selfish juga. hari ni hari gembira ateh. aku kena gembira. aku tak boleh sedih.

majlis ateh berlansungnya di pahang. kalau ikutkan, saya rancang nak singgah ke rumah nye dalam perjalanan dari pahang ke selangor. tapi itu lah. Allah sebaik-baik perancang.


yang membuatkan aku terlampau ralat adalah macam mana aku boleh tak save nombor dia. 

sehari sebelum dia pergi, ada senior yang sempat melawatnya. apa yang kak farhana katakan adalah 'Kita jumpa kat syurga ye' :)

hati aku tenang sedikit. InsyaAllah Allah tempatkan arwah di kalangan orang-orang yang beriman.'

akak orang yang sangat baik. akak yang kejut saya bangun qiam. akak yang teman saya pergi majlis ilmu. 

moga kita berjumpa di syurga Firdausi ye kak.

dan sekarang tamatlah tempoh Allah pinjamkan seorang sahabat yang cukup baik buat aku.

berehat dengan tenang ye kak :)

al-fatihah buat arwah.

0 comments: