Wednesday, November 14, 2012

Bukan Kerja Gila. dan The Power of Ya Latif!

Salam alaik.

to make the long story short,

13 Nov 2012

seusai subjek yang ke-6, loceng berbunyi menandakan kelas sudah tamat. seperti biasa, benda pertama yang saya akan buat adalah memeriksa phone since i let it silent all the way  i'm in class. ada 3 miscalls dan satu mesej dari unknown number. sudah semestinya kak zai dari Scotland. 

sampai je di rumah, kak zai call semula dan kak zai memaklumkan harga tiket dari Cairo ke  Glasgow, Scotland. seperti rezeki kami untuk ke sana. kami ada buat quick-discussion antara saya, abang de, kak zai & angah dan mak abah via skype. abah sokong 100% untuk saya dan abang de pergi ke sana. angah konvo pada Jumaat ini iaitu 16 Nov. mak dan abah tidak dapat hadir. oleh itu, saya dan abang de akan menjadi wakil keluarga untuk melihat Angah's big day. biiznillah :D

mula-mula sekali, Low expectation. saya tak meletakkan harapan yang tinggi.

tiket pon masih mencari. sebab tu tak boleh expect lebih.

mula-mula tu, masa skype dengan mak, saya kata, 'Mak, ni kerja gila. sebab tak terfikir langsung yang kami akan ke sana. tiba-tiba last minit, semua nya jadi macam sekelip mata.' mak senyum dan, 'Ni bukan kerja gila. Ini kerja Allah.Dia sebaik-baik perancang.' 

Ye, kerja Allah. Perancangan Allah. perancanganNya sangat misteri tapi disulami hikmah tersendiri. semua boleh berlaku dalam sekelip mata. Kunfayakun!

dalam pukul 12pm, kak zai dan angah confirm dah booked tiket untuk kami. alhamdulillah. Allah permudahkan.

satu masalah je lagi.. Visa saya belajar di Egypt sudah mati 30 Oct lepas. rabbuna yusahhil!


14 Nov 2012

banyak ujian untuk buat visa. plus, hari untuk pelajar malaysia beurusan hanyalah pada hari Sabtu. tapi saya pergi juga sambil tak berhenti fikir bahawa Allah pasti bantu saya.

kelihatan masih berbaki tiga pelajar yang beratur di hadapan saya. tetapi pegawai arab tersebut bangun dan tidak mahu lagi meneruskan urusan untuk hari ini. katanya, 'Datang lagi minggu depan.'

Allahu Rabbi.

pegawai tersebut keluar dari pintu pejabat untuk pulang. berbekalkan tawakal dan Ya LAtif yang tak henti-henti saya baca, saya dan kak aishah terus menghampiri pegawai tersebut dan menjelaskan apa yang patut. dia senyum dan suruh kami datang pagi esok. dia akan bantu saya uruskan visa esoknya.

Alhamdulillah. Lega. Bergenang juga lah air mata. sebab tadi memang pegawai tu tengah marah. tapi nak kata Nya Allah Maha Mendengar, terus dia senyum sejurus kami bercakap dengannya. hamdulillah.

The power of Ya Latif!


15 Nov 2012

pukul 7 pagi, kami sudah menunggu di luar pejabat mahupun masih belum buka. nak dekat pukul 9, baru pegawai semalam datang. semestinya, dia masih ingat saya dan kak aishah. dia ambil passport beserta segala butiran yang diperlukan. katanya, 'Kamu duduk dulu, saya akan uruskan.' Alhamdulillah Allah permudahkan lagi.

tak lama kemudian kami dipanggil. alhamdulillah urusan saya sudah selesai.

alhamdulillah..






esok pagi saya dan abang de akan ke airport awal pagi memandangkan flight kami pukul 8am.


mohon doakan kami. Moga Allah permudahkan segala urusan kami.

'Sesungguhnya Allah lah yang memegang segala kunci. kalau kita nak tenang, minta dengan Dia. kalau kita nak urusan dipermudahkan, minta dengan Dia. InsyaAllah Allah tahu yang terbaik untuk kita. Jika ianya baik, Dia akan bagi. Jika tidak, adalah hikmah di sebaliknya tu.' -Abah



0 comments: