Friday, November 9, 2012

cry and pray.


Satu memori menjelma.

Ketika saya masih di pra-sekolah,pernah pada hujung minggu, saya menonton filem P.Ramlee. wahh old school nye!

Kinda blurry memory, apa nama filem tersebut. Yang saya masih ingat, akan ada satu part, sekumpulan kanak-kanak berarak sambil menyanyi, “tolong kami, bantu kami, kami anak yatim piatu..” lepas tu P.ramlee as a saudagar akan kasi duit dekat diorang.

Yang menjadi isu dekat sini adalah, budak iffah ni beria menangis bila dengar lagu tu sambil berdoa tak nak jadi anak yatim piatu. Punya lah tak nak bagi orang lain nampak, sampai hampir masuk bawah meja. Haha nasib  baik family yang turut serta menonton filem tu, semuanya tidur. Dapat lah menangis over sikit sambil berdoa panjang-panjang. Iffah oh iffah.

Bila fikir balik, macam kelakar pun ada. Tapi besar juga impak lagu tu. Sebab sampai sekarang, kalau dengar ada orang menyanyi lagu tu, automatically akan berdoa supaya Allah kurniakan kesihatan tubuh badan pada mak dan abah, dan dipanjangkan umur dengan keberkatan.

extremely miss my people!

till then, salam alaik

0 comments: