Saturday, November 10, 2012

extremely miss the little angles.


Hari ni  rindu sangat dekat anak saudara. Owh i have three nieces btw. Atif and Awish are siblings. And Muhammad a.k.a Mr. Bam Bam is another one.

Teringat telatah Awish.

Ada satu malam tu, aki (abah) sorok tab Atif. Atif puas suruh makcu dia ni minta dekat aki. Dia takut sebab dia tahu aki amik tab tu sebab dia banyak sangat main game. Dan semestinya makcu tak akan tolong mintak kan. Sebaliknya, makcu akan bagi skrip dekat Atif macam mana nak say sorry dan minta balik tab tu dengan cara yang elok, sopan dan penuh tatasusila. #eh?

“Ok, Atif cakap macam ni dengan aki, ‘Aki, aki ada nampak tab saya tak? Aki, boleh tak saya nak tab tu? Saya minta maaf sebab banyak main game. Tapi kan aki, saya janji lepas ni saya akan main satu jam pagi dan satu jam malam je. Tak lebih.’ ” And atif agreed.

Baru berapa langkah dia jalan, dia pusing balik ke arah saya, “Makcu, boleh tak kita ubah? Kita ubah satu jam pagi, satu jam tengah hari, satu jam malam? Ok tak” Haha apa-apa je lah atif.

Saya perhatikan dia dari jauh. Kelihatan abah tengah tengok berita. Dan semua tahu, kalau abah tengok berita, tak ada siapa pun boleh ganggu except Awish. Dia je yang berani since Awish pon tak faham lagi.

Atif duduk je sebelah abah. Automatically became a behave boy. Haha tak lama pun. Sekejap je dia duduk situ. Tak lama lepas tu, tak tahu lah Atif menghilang ke mana. Dengan Awish sekali tak ada. Tak lama lepas tu, Awish datang dekat aki, dia kiss pipi aki dan, ‘Aki....nak ipad’ dengan slank pelatnya sambil senyum nampak gigi rongak. Alolo so sweet.

Aki tergelak, as usual, aki dengan cucu cepat sikit cair. Hehe. Terus abah panggil makcu dan suruh ambil tab Atif dekat dalam almari baju. And suddenly Atif muncul dan cakap, ‘Terima kasih aki. Nanti saya tak main game banyak dah.’

Eh? Mana skrip kita tadi. Haha bila dah nervous habis memory hilang.


Owh, tak dilupakan,,

Baru-baru ni ada skype dengan Mr. Bam Bam. Sekarang dah pandai berborak dah walaupun makcu tak faham langsung. Dah pandai menyanyi lagu Ba Ba Black Sheep sebab ada belajar dekat nursery. Even, version muhammad berbunyi, ‘Ba Ba Ba Ba Ba..’ hihi so cute.

Tapi tak dapat skype lama sebab line tak clear. Anyway, am extremely happy!

Btw, a big congrats untuk angah yang akan graduate masters dalam bidang international marketing, 16 November ni di University of Strathclyde, Galsgow. Am really proud of you!

And untuk kak zai, in case you read this entry, jangan stress even kena bedah 8/9 ekor tikus harini! Keep smile and be a positive person. I adore you kak zai!


Till then, salam!

0 comments: